Friday, January 29, 2010

JAtuh Cinta Lagi

Bicara hati penulis
Semester 5,UITM Melaka- November 1, 2009.
Selesai saja melakukan final test untuk Industrial Relation- segera ku open Toshiba-ku.ada sedikit coretan akhir yang ingin aku habiskan. Setelah mengambil masa hampir 2 bulan akhirnya siap juga manuskripku. Mungkin malam ini aku masih lagi keletihan apatah lagi begitu banyak dugaan yang menimpa aku baru- baru ini .tapi aku tetap teguh di meja study ku kerana ini adalah coretan akhir bagi menghabiskan sisa-sisa cerita “Jatuh Cinta Lagi”.
Jatuh cinta Lagi, persoalan cinta dan dendam yang cuba aku kupaskan ,Imran ialah jejaka yang begitu tegar dalam menerima kehadiran wanita apatah lagi dia pernah difitnah oleh seorang wanita kerana kesilapan besar yang tidak pernah dilakukan. Kerana fitnah itu, dia bukan saja di sisihkan masyarakat malah turut hilang keyakinan untuk mendekati kaum wanita.namun penemuannya dengan Armila Umairah mengubah persepsinya pada wanita, cinta yang bersemi mereka akhiri di jinjang pelamin. Saat bersedia untuk bermadu asmara,Imran terkedu bila melihat kesan parut di leher Armila.kerana parut itu jugalah bermulanya titik hitam dalam hidupnya 15 tahun yang lalu..perlukah dimaafkan saja Armila, sedangkan wanita itu yang pernah disumpahnya untuk didendami hingga akhir hayat? Atau perlukah dihukum gadis itu kerana dosa lamanya sedangkan hatinya baru terbuka untuk merasai apa itu cinta.
“ parut yang tinggal di leher You itu tak sekekal parut yang ada dalam hati I!...”
Cerita ini ku petik dari sebuah pengalaman teman rapatku, pengalaman pahitnya ketika dituduh meraba seorang gadis sehingga digantung persekolahan menyebabkan dia mengalami pelbagai tekanan. Sebagai kawan, hatiku juga tersentuh apatah lagi pada saat dia ingin berkongsi masalah denganku aku tiada di sisinya.Bukan niat ku untuk mempertahankan dia tapi aku percaya sepanjang kami berkawan dia tidak pernah sesekali bersikap sebegitu apatah lagi dia cukup menghormati kami sebagai kaum wanita yang perlu dilindungi. Kejadian yang menimpa temanku ini membuatkan aku rasa begitu letih untuk berfikir bagaimana hendak aku bezakan kelakuan antara meraba dengan sengaja atau terpegang?- apa pun buat ABEN, seandainya memang kesilapanmu, terima lah hukuman itu seadanya dan sekiranya pasti difitnah ampunilah dosa mereka yang mefitnah mu…sesungguhnya aku percaya pada apa yang aku lihat dan kenal ( sepanjang mengenali keperibadianmu) bukannya apa yang aku dengar..”
Kesan dari apa yang berlaku, maka terciptalah sebuah cerita “ Jatuh Cinta Lagi”.ku tahu tajuknya biasa tapi percayalah isi yang cuba ku kupaskan akan berupaya untuk menyedari kita semua ,kerana kadang-kala dendam yang membara itu belum tentu dapat kita ubati dengan secebis rasa cinta yang sejati…tapi perpisahan bukan jua cara yang terbaik untuk kita selesaikan.

Sudah ku punya 10 alasan untuk membencimu,
Tapi ketemukanlah aku hanya 1 alasan untuk aku terus mencintaimu…

No comments:

Post a Comment