Friday, January 29, 2010

cerita cinta

Novel 3 – CITRA CINTA

Cinta,
Apakah mudah untuk digambarkan,pada zahir?;
Sedangkan batin yang meyuarakan kisahnya,
Cinta ,
Apakah mudah dimiliki ,
Sesenang yang dilafazkannya.,
Sekiranya Ya ,kenapa dia diperduakan oleh insan yang disayanginya,-Shafik
Cinta,
Kerana kasih mereka bertemu,
Membina mahligai di Jinjang pelamin,
Dengan janji tiada apa yang mampu memisahkan
Namun kerana takir juga mereka berpisah.- Akmar
Cinta,
Baginya permainan perasaan,
Sehingga dia lupa hatinya sudah lama rosak ,
Untuk menerima cinta yang tulus,
Akhirnya
Dia dihukum kerana kesilapanya.- Adam Fatah
Cinta,
Baginya satu penyeksaan,
Lantaran penceraian ,menjadi akronimnya,
Akhirnya dia nekad menutup pintu hatinya .- Farah
Cinta ,
Dia karam di lautan,
Kerana cinta ,hilang sudah prinsip hidupnya,
Tidak mahu bersatu dgn mrk yg tak sekufu
Dan kerana masa itu jugalah akhirnya dia di temukan jodohnya.- Fazrina


Cerita cinta membawa kisah 5 teman seperjuangan berjuang di medan cinta.Bagaimanakah mereka menangani masalah hidup mereka.Setiapnya tampil dengan setiap cerita yang berbeza.Shafik sememangnya dialah yang paling senior, namun dalam asyik memuja isterinya sebagai lambang cinta sejati, dalam diam diperduakan ringan mulutnya melafazkan cerai di hadapan teman-temanya. Dalam masa yang sama Akhmar di hentam oleh keluarga mentuanya, lelaki itu dijadikan penyebab kematian isteri tercinta. Dalam kesukaran menjalani kehidupan sebagai duda anak seorang, sehelai demi sehelai surat tuntutan hak jagaan anaknya sampai.Fikiranya makin celaru,kehidupanya tak terurus dan hidupnya dibebani dosa lampau membuatkan dia leka menghukumi diri sendiri.Adam Fatah pula seorang pemuda yang suka memendam perasaan, dia tegar untuk jatuh cinta kerana dia pernah dikecewakan,begitu perit dia diseksa oleh insane bergelar kekasih. Sehingga tertutup sudah pintu hatinya untuk membina mahligai indah bersama perempuan.Namun dalam diam, dia jatuh cinta pada Farah gadis yang begitu kalis dengan soal cinta .Ketika kedua-duanya kalut diganggu perasaan ,masing menidakkanya namun belum sempat Farah menerima cinta Adam Fatah, lelaki itu didapati menghidap Barah hati maka hilang segala niatnya untuk menjadikan Farah sebagai permaisuri hatinya.Siapa pula Fazrina..? wanita yang begitu alpa mengejar cinta,lantaran usianya yang bakal mendapatkan gelaran anak dara Tua.

No comments:

Post a Comment